Tuesday, October 10, 2006

Ungkapan Khas C

Dalam melakukan pengaturcaraan setiap hari, kadang kala kita terjumpa pernyataan seperti berikut.

if(a > b) {
c = a;
}
else {
c = b;
}

Apa yang dapat kita perhatikan pada kod diatas, sebenarnya ia melinatkan pengiraan nilai maksimum.
Ia membandingkan adakah a lebih besar daripada b dan jika benar, maka c akan disamakan dengan a, dan sebaliknya jika a lebih kecil daripada b, maka nilai c akan disamakan dengan nilai b.

Untuk memudahkan pernyataan seperti diatas, pengaturcaraan C telah menyediakan satu operan untuk meringkaskan pernyataan ini. Ia ditulis sebagai

e1 ? e2 : e3;

Sebagai contoh nya, perhatikan aturcara mudah dibawah

void main() {

int a, b, c;
a = 2;
b = 5;
z = (a > b) ? a : b;
printf("Nombor yang paling besar ialah %d\n", z);
}

hasil output aturcara diatas ialah 5.
Dengan adanya kemudahan ini, sedikit sebanyak akan memudahkan pengaturcara meringkaskan lagi aturcara mereka. Aturcara yang ringkas akan mengurangkan kesalahan dan pepijat dalam aturcara.

Sunday, October 08, 2006

Iteration

Iteration Statement ataupun pernyataan lelaran merupakan perkara yang penting dalam bahasa pengaturcaraan. Pernyataan jenis ini akan melakukan ulangan selagi syaratnya adalah benar. Dalam C#, penyataan lelaran yang digunakan ialah

1. while
2. do
3. for
4. foreach

Wednesday, October 04, 2006

C\C++\C#\Java

C dan C++ dan C# dan Java

Kali ini saya sudah pon mempelajari semua bahasa-bahasa diatas, pada pandngan peribadi saya, didapati adalah lebih baik kita mempelajari dan memahami bahasa C dahulu sebelum beralih kepada C++ dan C#,

Ini kerana C adalah mudah untuk difahami oleh pelajar2 yang baru ingin memulakan pembelajaran dalam bidang pengaturcaraan. C lebih straight forward dan output nya akan dapat terus dilihat.

Saya mencadangkan belajarlah C sehingga pointer dan struct, selepas itu boleh lah beralih kepada C++, bila dah faham mengenai Class, maka amat senang untuk menguasai C#, dan juga Java.

Sunday, October 01, 2006

Pemboleh Ubah Dalam C#

Pemboleh Ubah

1. Pemboleh ubah statik
2. Pemboleh ubah instance
3. Pemboleh ubah tempatan
4. Elemen dalam array
5. Parameter.